Sunday, March 24, 2013

~~RaHsIa DiSeBaLiK SoLaT LiMa WaKtu~~

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar,
maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang
diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada
Tuhannya.

Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s.
Maka setiap mukmin yang
bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu
pada Allah maka pasti Allah
akan mengkabulkan permintaannya.

Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul
sebelumku.

Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila
matahari terbit, terbitnya di antara dua
tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka
berkata, 'Memang benar apa yang
kamu katakan itu Muhammad.

Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang
sembahyang.

' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin
yang mengerjakan
sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka
Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana
Nabi Adam a.s. memakan buah
khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan
dosanya seperti bayi yang
baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali
sembahyang yang pertengahan.

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas
mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah,
maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah
sangat gelap dan begitu juga
pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap
untuk pergi menunaikan
sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena
nyala api neraka dan diberikan
kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin
yang mengerjakan sembahyang
Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT
dua kebebasan iaitu:

a) Dibebaskan daripada api neraka.

b) Dibebaskan dari nifaq.

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka
mereka berkata,

'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).

Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa
30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang
dilarang, lalu makanan itu
tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT
mewajibkan ke atas keturunan
Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam
itu adalah sebagai kurnia Allah SWT
kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu.

Oleh itu, marilah kita sama2 meningkatkan kualiti SOLAT kita yang mana ALLAH telah menerangkan tentang ganjaran serta kebaikan kita bersolat dan sama- samalah kita ingat mengingati tentang tanggungjawab

Adventure looking HIS creation subhanallah....











                              All this picture originally taken from Aquaria KLCC
           Subhanallah...Allah is greatest one..
                      My children feel very happy afte looking all kind of fish in Aquaria...i feel happy too look at their face...............


                              


                                 
                             me and my children.....^_^

                                 smile always from me..
                                      Ammar Hafiz...


                That's all........thanks so much...
                 Praise be to ALLAH..Alhamdulillah...:):):)
                                     

Sunday, January 27, 2013

In The Name of ALLAH the Most Gracious and The Most Merciful........^_^

 H A T I- H A T I 

M E N J A G A
                                      
H A T I



           Hanya HATI yang HIDUP yang MaMpu mengHIDUPkan 

              HATI-HATI  yang MATI...HARAPAN & DOA agar walau apapun yang berlaku
                     
                                HATIku yang kerdil ini akan terus HIDUP...

                                 HIDUP untuk meneruskan dan menjelajah kehidupan D.U.N.I.A...


         Jadi ku memBAYANGKAN terbang....terbang mengembara ke serata dan segenap

           penjuru  D.U.N.I.A yang terjangkau atau tidak terjangkau dek akal....
         

                    TERBANG.....

DI D.U.N.I.A dgn kesempurnaan dan KEIMANAN TEGUH kpdNYA....

                      Thanks YA ALLAH.....