Wednesday, March 18, 2015
MUNAKAHAT FEQAH TAHUN 6
Assalamualaikum semua...^_^
wah!! mesti semua tersenyum-senyum melihat gambar di atas ini.Sebab apa ye...mesti pasal perkahwinan mata cerah sahaja ya untuk belajar...hehe
Sebenarnya bab peerkahwinan ini sangat-sangat penting dalam kehidupan kerana ia bukan sahaja salah satu sunnah Rasulullah S.A.W malah untuk meramaikan umat baginda NABI MUHAMMAD S.A.W.
Pembelajaran munakahat di dalam bab fekah tajuk kelima ini, mengandungi:
1) Pengertian Nikah
2) Dalil dan hukum nikah
3) Perempuan yang haram dikahwini
4) Hikmah nikah
Apa itu NIKAH???
Sape nk jawab angkat tangan.. !
eh, ada orang angkat...jom jawab....
>>>> NIKAH bermaksud pada bahasa bersatu atau berkumpul
NIKAH pada syarak pula satu akad yang menghalalkan bersetubuh di antara lelaki dan
perempuan dengan cara yang dibenarkan dan dihalalkan oleh syarak.
>>>> Dinamakan NIKAH kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukannya diantara
satu sama lain...
Faham semua??...
Senang sahaja kan maksud nikah ini. Kita boleh analogikan seperti jejari-jejari kita.
Cuba anda mencantumkan jejari kiri dan kanan anda menajdi satu tangan....kedua-duanya akan bercantum dan memerlukan antara satu sama lain..begitulah maksud nikah itu sendiri...
Sebagai rumusan hari ini...Nikah bermaksud bersatu atau berkumpul antara seorang lelaki dengan seorang perempuan...
Jumpa entri seterusnya pada episod akan datang........jom tengok dulu video pernikahan ini...
https://www.youtube.com/watch?v=N2oxe5p_6L8
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment