MENANGIS YANG DITUNTUT SYARIAT
Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan
diakhiri dengan tangis.
Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan
selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila
mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila
menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata
yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari
akhirat kelak.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan
pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para
wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu
menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa
takbur."Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu
baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui
sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak
menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka
masing-masing sambil menangis teresak-esak.
Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat
jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat.Jika orang soleh
zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari
ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari
sifat tamak dan tidak redha.Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan
kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan
maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi
akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya.
Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang
hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan
dalam hidup.
Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan
oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah sebenarnya
kegagalan yang total...jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang
kenalah pada tempatnya. Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a
berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh
Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada
Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas
adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban
kepada Allah."(Riwayat Attirmizi).